RASA HIDANGAN

 oleh Zurina Hisyam


Menu Nasi Minyak Ayam Merah




Tradisi masakan melayu memang pelbagai jika tak merasa lauk kenduri. Bila dapat makan lauk kenduri yang cukup rasa, memang puas hati. Memang ada lauk kenduri yang boleh dibeli tapi rasanya belum tentu menepati cita rasa. Jadi jomlah kita masak Nasi Minyak Simple digandingkan dengan Ayam Masak Merah, Udang Masak Diraja, cubalah sendiri lauk kenduri ni boleh berulang kali makan.

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga

2 sudu besar mentega/ minyak masak

1 kiub pati ayam

1/2 cawan susu cair

2 helai daun pandan

Pewarna kuning jika suka

Hiasan – bawang Goreng dan kismis

Cara memasak:
1.Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak.
2.Guna minyak goreng ayam tadi goreng bawang merah yang ada dihiris tadi dan angkat, ketepikan.
3.Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan.
4.Bila dah naik bau, masukkan cili kisar dan daun pandan.
5.Tumis hingga cili garing.
6.Masukkan sos cili dan sos tiram.
7.Masukkan air.
8.Perasakan dengan garam dan gula.
9.Bila dah mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika.
10.Taburkan bawang merah goreng tadi dan tutup api.

https://www.rasa.my/nasi-minyak-ayam




UDANG MASAK DIRAJA 

Bahan-bahan:

  • 20-25 ekor udang
  • 2 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • Sedikit halia *
  • Sedikit kunyit hidup *
  • 5 biji cili api *
  • 2 batang serai
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • Gula
  • Garam

Cara memasak:
1.Panaskan minyak tumis bahan kisar *
2.Masukkan serai.
3.Dah garing masukkan cili, tumis hingga naik minyak.
4.Masukkan santan dan asam keping.
5.Masukkan daun limau purut dan daun kunyit
6.Bila dah menggelegak masukkan udang.
7.Udang masuk akhir sebab tak nak bagi udang terlebih masak dan liat.
8.Masukkn garam dan gula secukup rasa.


SELAMAT MENCUBA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KAFA Fardu Ain

Generasi Madani