Singgah ke Manjoi

 Madrasah al Barakah


Minggu lalu saya terfikir terdapat agenda sampingan dalam pendidikan Islam serta pendokong dakwah Islam di Malaysia.



Penceramah dan pendakwah bebas terkenal, Datuk  Hj Mohd Kazim Elias meminta Kerajaan Perak mengiktiraf Pusat Pendidikan Al- Barakah (Al-Barakah) miliknya di Manjoi, di sini, dijadikan destinasi pelancongan.

Beliau berkata, pengiktirafan itu dilihat perlu dilakukan berikutan kehadiran ribuan pelancong dari seluruh negara selain dari negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Thailand ke pusat pengajian pondok agama itu pada setiap bulan yang dilihat boleh membantu merancakkan lagi industri pelancongan negeri.

Katanya, selain membolehkan model pelancongan Islamik berasaskan ilmu dan pembangunan insan berkembang subur di Perak, pengiktirafan sedemikian dilihat dapat membantu pusat itu menerima peruntukan bagi penyediaan kemudahan lebih lengkap seperti tempat pelancongan lain.



Saya sudah lama bekerjasama dengan bangsa dan penganut agama lain dalam meneruskan kelangsungan operasi Al-Barakah, antaranya berkaitan penyediaan penginapan hotel kepada pengunjung Al-Barakah yang datang dari seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, satu kerugian besar apabila puluhan ribu pengunjung yang datang menaiki bas ke pusat pendidikan diasaskannya itu hanya semata-mata untuk sesi pengajaran dan ceramah tanpa agenda 'serampang dua mata' iaitu melawat tempat menarik lain di negeri ini. Berkat bantuan Allah SWT, pada tahun 2004 melalui satu lelongan awam di Mahkamah Ipoh, sebidang tanah telah dapat dibeli dengan harga RM45,000. Di tanah lot beralamat 61083, Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi, Mukim Ulu Kinta, Perak didirikan bangunan Pusat Pendidikan Al Barakah yang pertama.





Ramai tidak tahu Al-Barakah menerima kira-kira 2,000 pengunjung dari luar Perak pada setiap minggu untuk menuntut ilmu di sini, bahkan sepanjang 2022, hampir 100,000 pengunjung dicatatkan datang dari Malaysia, negara ASEAN dan Turkiye serta Perancis.

Kini beliau bersama ahli al Barakah telah membuat daya usaha produk sampingan untuk membantu ekonomi dengan adanya produk Kopi Kazim dan Koko Ihram Kazim.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASA HIDANGAN

KAFA Fardu Ain

Generasi Madani